"Confirm! Awak mengandung...." itu la kata-kata hikmah seorang doktor yang paling bermakna bagi seseorang yang isteri setelah beberapa lama dia terima nikahnya dari suami tersayang... mesti lepas kuar jek dari bilik doktor tu senyum kita smpai ke telinga. Rasanya mcm tak sabar2 nk khabarkan kepada semua makhluk kat bumi ni yang dalam perut kita ni dah ada benih dari suami kita dimana ia akan jadi tanda kasih sayang yang melimpah ruah kita sebagai suami isteri. Kita juga akan yakin bahawa kehadiran "si kecil" itu adalah sebagai pengikat kasih sayang kita dengan suami.. Alhamdulillah, kita panjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Pencipta dan Maha Pemberi rezeki ini kerana memberikan kita seorang suami yang baik dan sekarang Dia kurniakan kita permata hati pulak.....Sesungguhnya, Kau Maha Penyayang....*mengalir air mata gembira....
Entri kali ni aku tujukan khas buat seorang teman sekerja yang berpangkat "kakak" kepada aku dimana beliau telah disahkan mengandung setelah lebih kurang 2 bulan lebih menjadi isteri...*kira mcm bunting pelamin jgk la kan? kan?.. Melihatkan keterujaannya untuk menjadi ibu buatkan aku teringat masa aku pregnant dulu...memang excited gile! walaupon ada orang kata aku ni gelojoh pasal aku pregnant cepat sangat..aku tak kisah.. *aku nih bunting pelamin jgk sbb genap sebulan aku kawen aku dah pregnant..hehehe...cepatkan?? Bagi aku, untuk anak yang pertama x payah la kita sebok2 nk merancang... bkn apa, nanti dari nak diberi rezeki pastu kita tolak, pastu langsung Dia xnak bagi dah...cemana??? Nyesal ko... Sekurang-kurangnya, kita dah ada satu keluarga yang lengkap kan.... ada ibu, ada abah dan ada anak....
Seronok mengandung ni tau.. boleh manja-manja dengan suami..suami akan tumpu perhatian lebih kat kita.. Disebabkan aku masa mengandung dulu mabuk teruk tak hengat, suami aku telah menjalankan tugas-tugas aku buat sementara iaitu:
1. Tukang kemas rumah
2. Tukang basuh + sidai + lipat kain
3. Tukang urut kaki aku *kaki aku bengkak mcm kaki gajah dah aku tgk..eeeeiii....
4. Kadang2 dia jadi tukang masak jugak...*hubby aku masak sedap tau!
Sangat terhutang budi pada suami aku...Itu masa aku ngandung tu. blom lagi masa aku lepas bersalin @ lepas pantang...ish..banyak la dia buatkan untuk aku... aku sangat sayang hubby aku....Dialah nyawa aku... Yang paling aku ingat apa yang dia slalu cakap masa sebelum aku bersalin...
Suami: Kalau ditakdirkan doktor kata dia cuma bleh selamatkan salah seorang antara ibu atau anak abang akan pilih ibu...
Isteri : nape pilih ibu?? pilihlah anak.. anak tu la tanda cinta dan kasih sayang kita. Sekurang-kurangnya ada la kenangan dan hadiah cinta dari isteri untuk suami nya yang tersayang...
Suami : taknak!! sbb selama ni suami jumpe dan dah biasa hidup dengan isteri...klu isteri tado jadi tak biasa... anak masih belum jumpe.. xpe...Ada rezeki bleh dapat anak lain tapi dengan isteri yang sama... tapi x bleh dapat isteri yang sama walaupon ada anak...kan??
Isteri : Sayang suami saya nih...=)
So, buat "kakak teman sekerjaku" aku doakan semoga kandungan kakak akan sentiasa sihat selalu.. Jaga makan, rehat, tidur kakak... Kena banyak berehat sebab takut nanti air ketuban tak cukup..kesian kat baby... Selama baby tu ada dalam perut kita, selama itu la dia akan jadi "boss" pada kita...Kena sabar layan kerenahnya... Kakak jangan makan ubat sembarangan..rujuk doktor dulu... bila nak masuk tiga bulan nanti bolehlah makan produk Salindah...InsyaAllah, dapat juga membantu kesihatan kakak dan baby kakak nanti... Kepada suami kakak, masa inilah suami mainkan peranan yang penting.. suami kena banyak bersabar..diulang, BANYAKKAN BERSABAR..... ia memang akan menguji kesabaran bakal bapa ni sangat2... Bakal ibu ni kan emosinya tak stabil.. dia akan jadi sngt sensitip dan cepat menangis..*kadang2 menangis tanpa sebab... jadi selamat berjaya menempuh fasa baru ini... Dan semoga akan menjadi mama dan papa tidak lama lagi.. kami doakan jek...Amin....
2 ulasan:
tq zura.
=,( masih cuba bertahan ni.
kuatkan semangat kakak ye...InsyaAllah, sumenya akan baik-baik saja.. sngt gembira bila tau kakak mengandung..x tau kenapa..hehehehe...=)
Catat Ulasan