Sabtu, 21 Ogos 2010

~ D.U.L.U. &. S.E.K.A.R.A.N.G..........

Mungkin sudah sampai masanya untuk saya lupakan awak... Selama ini, saya selalu teringatkan awak.. awak buat apa sekarang, awak sihat ke, awak bahagia ke dengan hidup awak sekarang... selalu saya terfikirkan awak walaupon saya sendiri kurang pasti sama ada awak ada teringatkan saya atau tidak... 

Dulu, awak selalu sms saya.. kadang-kadang awak call saya, tapi sekarang xde lagi... 
Dulu, awak selalu nak jumpa saya, tapi sekarang mesti awak xnk jumpa saya lagi...
Dulu, awak suka borak-borak dengan saya, tapi sekarang mesti dah ada teman borak yang lain....
Dulu, awak kata kita sama-sama "underground", x kisah punyaaa, tapi sekarang mungkin awak dah kisah dah...
Dulu, awak kata sayang saya tapi sekarang mesti awak dah sayang orang lain pulak...
Dulu, awak kata "jgn ajar saya jadi poyo" bila saya cuba jauhkan diri dari awak, tapi sekarang mesti awak nk kata "jgn kacau saya lagi"....
Dulu, awak suka gabungkan nama-nama kita, tapi sekarang mesti awak nk pisah-pisahkan nama kita...
Dulu, awak kata saya yang paling manja dengan awak, tapi sekarang awak dah manjakan orang lain...
Dulu, awak kata sayalah "kawan" awak yang paling baik yang tahu sakit pening awak, tapi sekarang mesti orang lain yg dah jaga sakit pening awak...
Dulu, awak kata x tahu nak pilih mana satu, sekarang mesti awak akan tetap pilih orang lain.....
dan yang paling saya ingat pasal awak ialah...
Dulu awak kata akan ingat saya sampai bila-bila tapi sekarang awak dah pon lupakan saya.....
"Kau pergi jua......."

saya rindukan awak.......

Jumaat, 20 Ogos 2010

~ Isteri Idaman Suami.....

Sempena hari Jumaat yang juga dikenali sebagai 'Penghulu Segala Hari' ni, aku nak jadikan cerita dan juga nasihat dibawah ni sebagai tazkirah untuk panduan kita bersama... " Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kita sendiri sebagai hambaNya yang kerdil....." *ala-ala penceramah bebas yang tado tauliah gitew kan....

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

  • Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

  • Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

  • Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

  • Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

  • Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

*kredit kepada Blog Jendela Hikmah untuk cerita dan nasihat yang dikongsi

Khamis, 19 Ogos 2010

~ Salam takziah....

Salam takziah buat kawan baik aku yang kehilangan bapanya pada pagi semalam. Sesungguhnya aku rasa sangat terkilan sebab tak sempat untuk melawat arwah. Sepatutnya minggu lepas aku pegi melawatnya tapi disebabkan aku balik dah malam, maka tidak berkesempatan la aku nak singgah umah dia.. Aku ingat minggu ni la baru aku nak pergi tengok tapi...takde rezeki aku...Allah SWT lebih sayangkan dia... Aku harap arwah abah akan maafkan aku sebab aku tak pergi jenguk dia pon waktu dia sakit sampai la dia meninggal pon aku tetap tak pergi tengok... aku sangat kejam!!! Maafkan saya, abah....Apapun, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..InsyaAllah...Al-Fatihah....

"Maafkan saya abah....Saya bersalah..."


" Beb, aku harap kamu tabah dan redha dengan ujian dariNya ini..aku tau kamu kuatkan?...Aku sentiasa ada untuk kamu....."

Rabu, 18 Ogos 2010

~ Berbuka puasa seorang diri....

Sedar tak sedar hari ni dah 8 Ramadhan kan? Cemana ngn persiapan raya?? Ada orang awal-awal lagi dah siap semuanyakan... Ni nak kongsi dengan korang... semalam untuk kali pertamanya aku berbuka puasa sorang-sorang okkk.. sangatlah sedihnye hati aku..nasib tak meleleh air mato ni haaa...huhuhu... Al-kisahnye, hubby aku kena balik lambat..ado masalah kat tempat keje katanyee...semua bos-bos besar sudah mengamuk.. apo la diorg nih bulan posa pon nk ngamuk jek... sebenarnya kami dah janji nak buka posa kat luar tapi tidak kesampaian...so, aku pon makan la sorang-sorang jek...sambil menonton tv cite " Geng Surau" best jgk la cite nih...recommend by Aainaa yg shoot cite nih...
Dalam hati, Tuhan jek yg tahu.. Mula-mula ingat memang nak marah la...siap la hubby balik karang.. aku nak buat muncung panjang sedepa gitew.. tapi bila fikir balik, dah la hubby balik keje penat-penat pastu tengok isteri dia buat muka mesti lagi tension dia kan.. so aku batalkan jek la niat tak suci aku tu...
Bila hubby aku balik, bagi salam, terus sejuk hati aku....walaupon dia balik tu jam dah tunjuk pukul 10 malam okk...  Kemudian, hubby terus tanya...

"Ibu makan apa buka posa tadi? *tanya dengan nada penuh rasa bersalah 
"Makan kuih jek.. ada kuih yg frozen kat dalam peti ais tuh..."
"Abah minta maaf ye.. X dapat nak balik awal.. Ada masalah kat kilang tadi..."
"xpe abah.. Ibu makan apa yg ada jek.. Alhamdulillah, kenyang jugak...*jawab baik-baik supaya dia tak rasa bersalah sangat..
"Jom kita kuar makan nak? Lapar tak?"
"Xnak la, dah kul 10 dah..malas nk keluar..Tapi kalau abah lapar jom la..*kesian la kan, baru balik dah nk kuar balik..
"Klu mcm tu xpe la.. kita makan kokocrunch jek ek...hehehehehe"

Kesian aku tengok hubby aku nih.. bila la ada rezeki nak dapat keje dekat-dekat Nilai ni je kan?? Mungkin belom sampai masanya lagi atau pon memang dah rezekinye kat situ jek.. Hanya Dia yang mengerti segalanya.. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakal serta doa.. Semoga Dia mendengar dan memakbulkan doa ku...Amin.....

 Inilah ruponye menu untuk aku berbuka sorang-sorang.......

Karipap Daging... Sodap!!
Air Milo 3 in 1 Panas.....

Jumaat, 13 Ogos 2010

~Lagu untuk suamiku tersayang....

"Aku cinta padamu hingga akhir nafasku, sayang....."
 
Yang Terindah – OST Adamaya

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Khamis, 12 Ogos 2010

~Terima kasih....

Pernah tak korang baca blog sesape pastu korg rasa macam 'hidup' jek....?? Pernah? Ni la yg aku nk kongsi nih, alkisahnye, kan dah lama aku tak update blog aku nih kan bukan apa aku sedang belajar untuk mencantikkan blog aku nih.. explore la skit2...pastu curik2 tgk blog org lain gak untuk cari idea..hehehe..then secara tak sengaja aku telah terjumpa dengan blog seorang kawan aku yang aku rasa dia ni mmg sangat-sangat kreatif dan comel... dari layout, kombinasi warna dan olahan ceritanya memang membuatkan aku rasa macam 'hidup' even sebenarnya blog dia tu simple jek....dan aku rasa mcm nk join sekali jadi antara org-org yg rapat ngan dia..hahahaha.. sah-sah la dia mmg xnk kan? sbb sapa la aku ni, tetiba jek nk jadi kawan rapat plak, gilo apo??? =) So, sejak terbaca blog dia tu, aku jadi mcm hari2 tertunggu2 jek entri terbaru dari dia...x sabar2 nk tau apa cite yang dia nk kongsi..*mcm blog addict plak dah..hahahhaha... so, no wonder la blog dia tu punye la ramai pengikut setia...

Apapon, aku harap dia akan success dan akan terus berkarya supaya aku dapat baca lagi blog dia di masa2 akan datang dan akan sentiasa menjadi rujukan aku *diulang RUJUKAN BUKAN "TIRU" AN OKKK... dalam berblogging nih..hehhehehee... Terima kasih la aku ucapkan pada tuan punya blog tu sebab memberikan bahan bacaan yang menarik lagi indah untuk aku dan pengikut-pengikutnya yang lain...... Tapi blog siapakah itu? Ha! inilah yang kita tak tau.... *dialog Encik Khir dalam filem Los and faun..ahakss... Biarkan ia menjadi satu misteri kepada korang...hahahaha...=)