Rabu, 9 Disember 2009

~ " Aku skandal..."

yuuhhuuuu... i'm back.. sorry sebab dah lama aku tak update blog aku nih.. bukan apa, busy + tak sihat + internet kt umah lembap giler... so, today baru dapat nak upadate.. hmm.. apa nak cerita nih? Ha! pasal topik yang diorang bincang pagi tadi kat dalam radio HOTFM... pasal skandal..sssyyyyy.....hehehehe...

Apa yang menarik perhatian aku pasal topik ni ialah ada sorang pemanggil yang kata suami dia ada skandal dengan perempuan lain.. dia terbaca sms suami dia yang panggil somebody 'sayang' la..so, dia amik nombor telefon that girl dan call dia dan terus ajak jumpa.. 'gentlewoman betul la akak tu..bila dia jumpa baru la dia tahu yang that girl tak tahu yang 'boyfriend' dia tu dah kawin sebab 'boyfriend' dia kata dia "DUDA"... Can you imagine that? Akak tu kata masa tu, hancur lebur hati dia bila tahu suami dia boleh cakap macam tu... Sebagai seorang perempuan dan isteri, aku rasa kesian sangat pada akak tu.. and lastly, akak tu pesan pada semua isteri, " WALAUPUN SUAMI KITA LAYAN KITA BAIK SANGAT ITU TAK BERMAKNA DIA TIDAK MENDUAKAN KITA..." (dalam erti kata lain, baik ada makna tu..) wah..wah.. berderau darah aku bila dengar pesanan akak tuh... sentap tuh...

Korang pernah ada skandal? atau 'diskandalkan'? atau 'menyekandalkan diri sendiri'? (apa la perkataan yang aku guna nih? paham2 je la ye..hehehe) kalau tanya aku, sebelum kawin memang aku ada skandal la..(wah.. jujurnye aku nih..) ala, biasa la, selagi belum ada ikatan yang sah, kita kan berhak nak kawan dengan siapa pun yang kita suka.. yang penting pandai jaga diri... tapi itu sebelum kawin la.. dah kawin jangan berani nk fikir pun pasal skandal-skandal nih.. BERDOSA!!! SYURGA ISTERI DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI... tapi kalau suami yang ada skandal macam mana pulak tu?? Ha! itu la gunanya membina batu batan kejujuran dalam sesebuah hubungan.. Orang kata, jangan percaya seratus peratus pada pasangan kita, kita kena simpan sikit untuk diri kita sendiri...

Apa pun, yang penting saling mempercayai, saling jujur dan dikuatkan lagi dengan kasih sayang yang ikhlas serta tidak berbelah bahagi sesama sendiri, InsyaAllah, aku percaya sesebuah hubungan itu pasti mampu menghadapi apa jua dugaan dan cabaran yang tidak akan berhenti menguji sejauh mana utuhnya jalinan kasih yang terjalin.. Allah swt itu Maha Adil....

Panjang pulak post aku kali nih..ok la, sampai sini dulu.. aku nak sambung buat kerja aku yang aku rasa tak habis-habis ni.. ada masa nanti aku upadate lagi ye.. take care.. salam...

Tiada ulasan: