Dah lama aku tak update aku punye blog nih.. Banyak benor benda yang aku rasa nak cerita kat sini..Banyak benda terbaru yang terjadi pada aku....Maklum la, sekarang pon dah masuk tahun baru.. Biasa la, bila masuk tahun baru, mesti akan ada soalan "Apakah azam anda untuk tahun ini?" Hmm..aku bukan orang yang akan ada azam baru untuk setiap tahun baru.. Bagi aku azam aku akan tetap sama pada setiap tahun selagi aku tak capainya.. hahahaha... boleh ke macam tu? Tak kisah la, janji kita ada azam iaitu azam = matlamat= makesure kita capainya...kalau boleh mengikut masa yang kita sendiri tetapkan... InsyaAllah...Amin...
Firstly, alhamdulillah....syukur yang teramat sangat aku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa kerana aku telah selamat melahirkan seorang puteri pada 28 Disember 2009 bersamaan dengan hari Isnin, 11 Muharram 1431H, tepat jam 8.47 pagi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Baby aku lahir dengan berat 2.4 kg... Nama yang aku dan suami aku bagi pada permata hati kami tu ialah NUR IZZAH AZ-ZAHRAA yang membawa maksud 'Cahaya Kemuliaan yang Menawan...' Sesungguhnya, sukar nak bayangkan saat-saat Zara dilahirkan...Bila aku tengok muka Zara buat kali pertama, airmata terus mengalir.. Sister tu siap boleh cakap kat aku...
" Dik, kenapa menangis? kan anak dah keluar tu... tak payah la menangis...."
Malu pon ada gak bila dia kata gitu tapi bila pikir balik rasa nk cakap je macam ni kat dia..
"Aik? sister takkan tak tau.. saya menangis bukan sebab sedih @ sakit tapi sebab gembira +terharu.."
Maklum la pertama kali jadi ibu... Macam tak percaya baby yang dia letakkan atas dada aku sebaik dilahirkan itu adalah baby yang sama yang selama 9 bulan 10 hari hidup dalam perut aku, yang aku bawak ke hulu ke hilir bersama-sama...Ya Allah, besar sungguh kuasaMU....
Sampai saat ini pun, aku dan suami seakan tak percaya yang kami kini sudah menjadi ibu bapa... seakan tak percaya yang akan sampai satu masa ada si kecil yang akan panggil aku "ibu.." dan akan panggil suami " abah.." Jadi bermula tahun ini, aku dan suami sedar yang kami perlu kerja lebih kuat lagi agar kehidupan anak kami akan menjadi lebih baik.. Kami juga sedar yang tanggungjawab yang kami galas ini perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya...
"Ya Allah, Ya Tuhan kami....Terima kasih kerana Engkau telah mengurniakan Zara kepada kami..Terima kasih di atas rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami.. Ampunilah dosa-dosa kami, Ya Allah... Bimbinglah kami agar kami menjadi insanMu yang taat kepadaMu dan bimbinglah kami agar kami bisa menjadi ibu bapa yang baik kepada anak kami.. Lindungi keluarga kami, lindungilah ibu bapa kami....Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Mengetahui... Amin....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan