Selamat Hari Lahir yang Pertama anakku sayang... 28 Disember 2010......
Ibu dan abah sentiasa mendoakan kesejahteraan buatmu...amin...
Zara, ibu dan abah.... Our precious family.... Love forever...... |
Puteriku Zara,
Ibu dan abah amat menyayangimu... Kehadiran kamu dalam kehidupan kami amat bermakna dan telah melengkapkan hidup kami...Walaupun kehadiran kamu adalah sangat awal dari apa yang kami jangka dan rancang (kes bunting pelamin okkk...) tapi kami bersyukur yg teramat sangat kepada Yang Maha Kuasa kerana telah memberikan kami permata hati yg sngt comel untuk mengembirakan kami pada hari-hari yang mendatang kelak...
Pada awal kewujudan kamu di dalam rahim ibu, ibu tidak dapat merasakannya sehingga la ibu buat keputusan untuk menjalani pemeriksaan dan alhamdulillah, doktor mengesahkan akan kehadiran kamu di dalam rahim ibu. Maafkan ibu kerana tidak mengerti akan tanda-tanda yang telah kamu berikan pada ibu untuk menyedari akan kehadiran kamu dalam diri ibu... Ibu ingat lagi, seminggu sebelum doktor mengesahkan kehadiran kamu, abah demam teruk secara tiba-tiba..seminggu jgk demamnye baru la sihat kembali.. dan pada masa yg sama ibu sangat2 teringin nak makan durian..tp hanya nk mkn durian yg dijual di Giant sahaja... rupanya, bkn ibu yg nk merasa tp kamu...=)
Baru ibu tahu kenapa rancangan ibu dan abah untuk pergi berbulan madu asyik tertangguh sahaja.... Abah kata, rupanya kamu mahu ikut kami juga...hehehe... Jadi, abah dan ibu pergi berbulan madu di Langkawi ditemani kamu....seronok kan??
Zara, anakku sayang,
Walaupun, ketika kamu semakin membesar dalam rahim ibu, ibu mengalami alahan yang teruk sehingga satu tahap tak boleh nak makan apa2 makanan pun dan ditahan di wad hospital, tapi itu pengalaman yg manis kamu berikan pada ibu... sebab ketika itu, ibu lihat dan sedar betapa abah sangat menyayangi ibu dan sangat teruja untuk menerima kehadiran kamu... abah banyak berkorban untuk kita, sayang... bila ibu tak larat langsung untuk mengemas rumah, abahlah yg kemas, bila ibu tak larat nk masak, abahlah yg masak, bila ibu marah2, abah diam jek... bila ibu selalu menangis dan merajuk, abah setia disisi untuk memujuk... Itulah abah kamu.. dia adalah suami dan bapa yg terbaik bagi kita....
Alhamdulillah, ketika kamu hampir dilahirkan, abah setia disisi ibu.. begitu juga dengan uwan kamu, mak ibu... ternyata mereka lebih risau dari ibu... Tepat jam 8.47 pagi, kamu telah selamat ibu lahirkan. Terima kasih ibu ucapkan kerana kamu tidak memberikan sebarang masalah ketika ingin dilahirkan ke dunia ini.. Kamu anak ibu yg baik... Bila sahaja kamu diletakkan di dada ibu, kamu terus menangis, dan airmata ibu juga tumpah saat menatap wajah kamu yang comel, bersih.... Seribu kesyukuran ibu panjatkan kepadaNYa yang Maha Pengasih dengan kurniaNya yang tidak ternilai ini....
Cinta hati kami, Zara,
Saat ibu ditolak keluar dari bilik bersalin, ibu dapat lihat dengan jelas cahaya kegembiraan dan keterujaan wajah abah ketika itu.. walaupun pada awalnya doktor menjangkakan yg ibu akan melahirkan anak lelaki dan abah juga mengharapkan anak lelaki, tapi kami tetap bersyukur dan menerima akan kehadiran kamu...Kamu adalah benih cinta yang abah dan ibu semai setelah 12 tahun lamanya.... Saat abah mengalunkan iqamah ke telinga kamu sambil memeluk tubuh kamu yang kecil dengan penuh kasih sayang, tiada kata yg dapat ibu gambarkan betapa ibu rasa sangat2 bahagia dan bersyukur padaNYA...Sesungguhnya DIA amat baik pada ibu dan abah dengan memberikan kamu pada kami...Terima kasih Ya Allah....
Dan sekarang,
Kamu telah pun genap setahun.. Ibu harap kamu akan jadi anak yg solehah, anak yg baik...Taat kepada ALLAH, RASUL dan Ibu bapa... Moga kamu akan jadi anak yg pintar, cerdik, cergas, cerdas dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ibu juga harap ibu dan abah akan jadi ibu bapa yg terbaik buat kamu dan bakal adik-adik kamu nanti..InsyaAllah... Ibu dan Abah sayang kamu....Nur Izzah Az-Zahraa binti Mohamad Faisal..
Cinta hati ibu dan abah.... Nur Izzah Az-Zahraa Mohamad Faisal @ Zara..... |
*saat entry ini ditaip, merembes-rembes air mata aku...sedih + terharu + gembira = bercampur-campur...huhuhu...