Rabu, 8 September 2010

Ucapan buat semua....


Kad Raya untuk semua........

Sekejap jek dah 29 Ramadhan 1431H kan? Tinggal satu hari jek lagi kita nk puasa... Dah beres ke persiapan raya korang? baju dah kemas ke nk balik kampung? kuih raya dah siapkan ke? yang penting baju raya yang ditempah dah siap ke? hahahaha.. aku dulu dua tahun berturut-turut pernah la baju raya aku tak siap.. last-last beli dah siap jek la kan.. Bagi yang masih bekerja yg tak amik cuti awal tu.. keje la elok-elok ye...*aku le tuh.. lepas raya baru amik cuti..so sngt la jeles bila tengok diorg cuti awal kan..huhuhu...

Sempena hari lebaran yang bakal menjelang ni aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan, musuh-musuh, pembaca senyap dan semua la yang mengenali diri aku nih..*mcm la glamer sngt kan... aku menyusun doploh jari *termasuk jari kaki okk... mohon ampun dan maaf andai aku telah melakukan kesilapan secara sengaja atau pon tidak.. jangan simpan dalam hati ye.. aku ni pon manusia biasa jek yg tidak terlepas dari melakukan kesilapan... kira kita 0-0 la ye...

Kepada yang memandu untuk balik ke kampung, hati-hati semasa memandu...ingatlah orang yang tersayang.. biar lambat asal selamat... orang lain pon nk raya  jugak kan... *aku pon pesan kat diri aku jgk nih... yang dapat rezeki lebih jangan lupa kasi la duit raya kat kanak-kanak.. diorg gembira kita pon dpt pahala.. tak dapat nak bagi banyak bagi skit pon xpe.. yang penting ikhlas... InsyaAllah....

Semoga syawal kali ini penuh dengan keberkatan dari Nya dan menjadi simbol kejayaan kepada kita semua... 

"Eid Mubarak to all.....Hope Allah SWT answers our prayers and shower us with countless blessing...amin..."

Tiada ulasan: