Kita semua ada kawan. Kita semua ada ramai kawan. Tapi dalam ramai-ramai tu berapa orang yang betul-betul boleh kita anggap SAHABAT? Kalau tanya aku, jawapannye senang jek... kalau aku ada sepuluh orang kawan, yang boleh aku anggap sahabat cuma seorang jek...Betul, aku tak tipu... Dulu, aku ada sorang kawan ni yang aku anggap sahabat, aku sanggup susah untuk dia.. aku sanggup makan hati sebab dia.. aku terima je apa yang dia buat walaupun benda tu sangat-sangat buat aku terasa..dan yang paling aku rasa teruk sekali, aku rasa dia tak pernah pun anggap aku ni sahabat dia...Bayangkan, kita sikit punya sayang kat dia tapi dia buat kita ni macam tak penting pon pada dia....sedih wei....
Kita bukan nak layanan lebih-lebih pun dari dia.. cukup la kalau dia boleh buat kita rasa dihargai dan penting bagi dia..Kadang-kadang tu nampak sangat yang kita ni cuma menyibuk je dalam hidup dia. Pernah sekali masa birthday aku dia cakap macam nih..
"Happy Birthday Zura, Hadiah ko nanti aku bagi ye....tak sempat nak beli.."
Kira ok la, at least dia ingat la birthday aku kan? Hadiah tu belakang cite la.. takkan kita nak minta pulak kan? Kalau dia bagi kita amik.. kalau tak bagi tu ucapan pon dah cukup la...Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas birthday aku, ada la birthday 'someone' yang dia kenal.. pompuan la tapi...dia kenal budak tu baru je berbanding dia kenal aku la..tapi siap beli hadiah tuh..tu takpe lagi.. ni ajak aku plak tu nak pergi bagi hadiah kat budak tuh...Adoiyyaii...kesimpulannya, aku tau la budak tu lagi special dari aku nih.. tapi aku diam je la kan..walaupun hati aku ni dah kecik macam kuman dah...pastu dalam nada bergurau aku cakap la...
" Eh! hadiah aku mana? kata nak bagi?"
Jawapan dia senang je.. ringkas dan padat....
" Hadiah ko tu nanti-nanti la...."
Best kan jawapan dia? Dia jawab dengan muka yang tak bersalah... Itu la jawapan seorang kawan yang aku anggap sahabat tapi akhirnya aku jugak yang rasa sakit hati... Bukan hadiah yang aku harapkan...hadiah tu bukan apa-apa pun...tapi apa salahnya kalau dia bagi jawapan yang orang kata boleh jaga hati kita kan? Nampak la dia hormat kat kita.. Ini tidak.....Ntah la, manusia ni kan macam-macam....
Yang peliknya, ada sorang kawan aku ni, aku memang tak suka dia.. memang tak boleh 'ngam' la dengan dia... tapi sekarang dialah SAHABAT aku dunia dan akhirat... Dialah tempat aku mengadu apa sahaja....walaupun dia tak buat apa-apa pun tapi bagi aku dia adalah pendengar setia bagi setiap masalah yang aku ada... Aku pun pelik, macam mana orang yang aku tak suka, yang aku anggap KAWAN je tapi boleh jadi SAHABAT aku tapi orang yang aku suka dan aku anggap SAHABAT sebenarnya hanya layak jadi KAWAN aku je.... Allah SWT tu Maha Kaya dan Maha Mengetahui...
Apa pun, hargailah SAHABAT atau KAWAN yang korang ada...Biarlah macam mana pun layanan yang kita terima dari dia, apa yang penting, KERJASAMA...Eh! bukan.. apa yang penting, kita ikhlas dalam menjalinkan persahabatan sebab aku percaya kalau kita ikhlas, pasti kita akan dapat balasan yang sepatutnya...InsyaAllah... Ok, aku stop kat sini dulu.. next post aku story lagi pasal orang yang kita panggil 'kawan-kawan' ni ye... salam.....