Sabtu, 23 Januari 2010

~ Dia sudah buang aku......

Sedih. Terkilan. Bengang. Menyampah. Tapi sayang masih ada. Masih tetap ada ruang dalam hati aku untuk dia kekal sebagai seorang yang pernah aku hargai. Kenapa jadi macam nih??Sungguh! aku tak harapkan apa-apa daripada dia sekadar dia masih ingat bahawa aku ini adalah seseorang yang pernah dia anggap teman yang paling rapat dengan dia suatu ketika dulu. ITU SAHAJA...

Korang sedih tak bila orang yang korang kenal, yang korang anggap teman tapi boleh lupakan korang dalam sekelip mata?? Macam mana korang rasa? Sakit kan??? Aku pun tak faham kenapa teman aku yang sorang ni boleh bersikap macam tu... Benar, situasi kita sekarang dah berbeza... dah tak sama macam dulu lagi.. masing-masing kini punyai kehidupan sendiri. dan masing-masing juga dah bahagia dengan kehidupan tersebut tapi bagi aku itu tak bermakna kita kena putuskan persahabatan yang terjalin... lupakan apa yang telah berlaku antara kita.. dan yang paling penting itu bukan alasan untuk kita buat-buat tak pernah kenal antara satu sama lain... kan? kan?

Dulu kau dan aku pernah cakap....

" Kau janji ye jangan lupakan aku walau apa pun berlaku..."
" Ye..aku janji akan tetap ingat kat kau.."
" Kalau kau lupakan aku, aku sumpah kau...."
" Uiishh.. takkan sampai sumpah kot?"
" Ye la..kenapa kau takut ek???"

Macam tu la lebih kurang perbualan antara kita bila kita sedar yang satu hari nanti kita pasti akan berpisah dan mungkin akan melupakan semua kenangan bersama. Aku pasti kau mesti tak ingat bila masanya perbualan ini berlaku. Itu aku sangat pasti. Dan, aku pernah cakap pada kau macam ni...

"Kalau satu hari nanti kau dah tak anggap aku ni teman kau lagi, aku nak kau tahu yang aku tak pernah menyesal mengenali kau sebab kau layan aku dengan baik selama ni dan aku suka berteman dengan kau... Satu lagi aku nak kau ingat sampai bila-bila....

"AKU AKAN TETAP JADI TEMAN KAU, UNLESS KAU YANG BUANG AKU..."

Sampai sekarang pun aku tetap harap kau tak pernah lupakan aku walaupun kau dah tak call @ msg aku lagi sekalipun sekadar bertanya khabar...Aku redha andai kau memang betul-betul nak buang aku..Bagi aku kau tetap teman aku walaupun jauh di sudut hati aku rasa sedih dan terkilan sangat dengan sikap kau tu. Aku akan tetap mendoakan agar semua kebahagiaan dan kegembiraan dalam dunia ini akan menjadi milik kau bersama orang yang kau sayang...

Hmmm..hargailah teman kita. Hormati dan sayangilah teman kita. Jangan pernah lupa yang teman kita itu pernah tumpahkan kasih sayangnya untuk kita walaupun sebesar zarah. Jumpa lagi di lain post.. tata.. salam.... =)

Tiada ulasan: